PITAS anjur Selangor#QuranHour sempena Ijtimak Huffaz

22 Apr 2022 • 2:54 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran Negeri Selangor (PITAS) akan menganjurkan Selangor#QuranHour selama dua hari sempena Ijtimak Huffaz Selangor Ke-15 pada Ahad ini.

Pengerusinya, Muhamad Hafiz Muhamad Haneefa berkata, program itu akan berlangsung selama 24 jam menerusi bacaan 30 juzuk secara hafazan oleh 30 huffaz.

Muhamad Hafiz atau lebih dikenali sebagai Pencetus Ummah (PU) Hafiz berkata, bacaan itu akan dibuat secara halaqah (lingkaran) menerusi kaedah bersemuka dan secara dalam talian.

"Menariknya, hafazan secara maya 24 jam tanpa henti ini termasuk dalam Malaysia Book of Records (MBR)," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Jelas beliau, penganjuran Selangor#QuranHour itu turut mendapat liputan daripada akhbar Sinar Harian.

"Kita berharap Selangor#QuranHour yang dianjurkan ini dapat dipromosikan secara meluas di Sinar Harian," jelasnya.