Kanak-Kanak Cedera Kaki Tersangkut Eskalator

10 Apr 2022 • 5:10 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Anggota bomba berusaha untuk melepaskan kaki seorang kanak-kanak yang tersekat di eskalator. - Gambar ihsan Bomba

PUTRAJAYA - Seorang kanak-kanak lelaki berdepan detik mencemaskan apabila kaki kanannya tersangkut di eskalator yang sedang bergerak di sebuah pusat beli belah di sini hari ini.

Komander Operasi, Pegawai Kanan Bomba Mohmad Rashid Mohmad Said berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada jam 1.38 tengah hari.

Katanya, sejurus tiba, Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Batu Lintang segera memberi rawatan awal ke atas kaki kanak-kanak berusia tiga tahun itu sebelum menghantarnya ke Hospital Serdang bagi tindakan lanjut.

“Siasatan awal mendapati, kaki kanan mangsa tersangkut di eskalator di tingkat dua dalam pusat beli belah berkenan dan berjaya dikeluarkan pihak bomba yang sampai ke lokasi pada jam 2.01 tengah hari, tadi.

“Mangsa dihantar ke hospital berdekatan bagi rawatan lanjut dan ibu bapa kanak-kanak terbabit juga sudah dihubungi bagi memaklumkan mengenai kejadian,” katanya hari ini.

Mohmad Rashid berkata, ketika kejadian mangsa dipercayai sedang menuruni eskalator tersebut. - Getaran, 10 April 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved