Lelaki Bawa Warga Asing Lari SJR, Polis Terpaksa Lepas Tembakan

2 Apr 2022 • 9:02 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Polis terpaksa melepaskan lima das tembakan termasuk ke arah tayar Nissan X-Trail selepas kenderaan itu cuba membolosi sekatan jalan raya (SJR) Operasi Samseng Jalanan.

Sekatan itu dibuat semalam di Kilometer 200 Lebuhraya Pantai Timur Fasa Satu (LPT1) di Gambang.

Ketua Polis Pahang Datuk Ramli Mohamed Yoosuf dalam laporan Harian Metro berkata, kenderaan berkenaan berhenti selepas satu kilometer daripada SJR akibat tayar pancit.

Sebelum itu, suspek dikatakan memecut laju kenderaannya secara tiba-tiba semasa menghampiri SJR.

Kenderaan bawa 12 warga Myammar

image is not available
Foto: PDRM

Suspek menggunakan lorong kecemasan sebelum cuba masuk semula ke lorong laju. Anggota yang bertugas juga hampir dilanggarnya.

Polis melepaskan tembakan ke udara sebagai amaran namun pemandu enggan berhenti menyebabkan kenderaan peronda lebuh raya (EMPV) terpaksa mengejarnya. Selepas kenderaan berhenti, suspek juga melarikan diri ke kawasan semak berhampiran sebelum berjaya ditangkap.

Hasil siasatan polis di dalam kenderaan menemui 12 warga Myanmar tanpa dokumen pengenalan diri. Turut bersama ada seorang remaja lelaki berusia 17 tahun dipercayai anak saudara suspek.

Video viral di TikTok

@gerobokrara_1 Terkejut dengar tembakan tadi.. kejadian kt lpt 2 … good job #pdrm #pdrmmalaysia #pdrmterbaikimage is not available #fyp ♬ bunyi asal – Adam Haikal image is not availableimage is not availableimage is not available

Suspek kini ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 186 kanun sama kerana menghalang tugas polis serta Akta Imigresen 1959.

Kenderaan itu dipercayai dari Kelantan menuju ke Petaling Jaya Selangor.

Kredit: Harian Metro | TikTok @gerobokrara_1

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.