MU perlu rekrut ramai pemain muda berbakat

Football
30 Apr 2022 • 2:25 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BEKAS pengendali interim Manchester United, Ralf Rangnick menegaskan antara perkara yang akan dilakukannya untuk memastikan pasukan itu kembali ‘digeruni’ adalah dengan merekrut lebih ramai pemain muda berbakat pada masa akan datang.

Katanya, usaha merekrut berkenaan adalah antara perkara yang akan dilakukannya selaku konsultan di Old Trafford.

Menurutnya, perkara itu penting dalam usaha memastikan United tidak ketandusan pemain-pemain terbaik yang mampu menghasilkan kejayaan buat pasukan pada masa hadapan.

“Bagi saya, secara keseluruhannya apa yang penting adalah memastikan ‘pengambilan’ pemain dibuat dengan betul.

“Ini kerana dengan pengambilan yang betul, kita akan membawa masuk pemain-pemain terbaik.

“Bukan hanya mengenal pasti pemain, tetapi dalam masa sama turut menemui dan meyakinkan mereka untuk menyertai kita walaupun tidak beraksi dalam saingan Liga Juara-Juara,” katanya.

Untuk rekod, Rangnick kini dilantik selaku ketua jurulatih skuad kebangsaan Austria selama dua tahun pada 29 April lalu setelah Erik ten Hag dilantik mengemudI skuad The Red Devils bagi mengharungi musim depan.

Difahamkan, Rangnick akan meneruskan tugas di Old Trafford selaku konsultan.

Rangnick berkata, dengan reputasi sedia ada, United dilihat tidak berdepan masalah untuk menarik pemain-pemain terkemuka dunia ke Old Trafford.

Oleh itu, mulai sekarang, United seharusnya sudah mula 'bekerja’ dengan mengenal pasti pemain-pemain muda berpotensi menyertai pasukan berkenaan.

“Bagi saya, kelab ini mesti cuba mencari pemain yang dilihat mampu menghasilkan kejayaan dan seterusnya membantu membangunkan pemain berkenaan,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved