Google Meet Akan Tamatkan Panggilan Secara Automatik, Sekiranya Hanya TInggal Seorang Dalam Panggilan

TechnologyDigital
8 Apr 2022 • 6:52 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Google hari ini mengumumkan kemaskini untuk Google Meet, dimana kelak ia akan memaparkan mesej dalam bentuk pop-up dalam Google Meet sekiranya hanya tinggal seorang sahaja dalam panggilan berkenaan.

Sekiranya tiada sebarang respon diberikan, panggilan video berkenaan akan ditamatkan secara automatik oleh Google selepas dua miinit.

image is not available

Dengan langkah ini, ia akan mengurangkan pembaziran jalur-lebar, selain turut mengelak sebarang panggilan video dimulakan secara tidak sengaja dan aktif pada latar.

Kemaskini ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula minggu hadapan.