Ini Cara Isi Minyak Petronas Guna Apple Watch

Digital
26 Apr 2022 • 10:51 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
setel

Sejak ada Setel, rasanya makin ramai pengguna kenderaan isi minyak dekat Petronas. Maklumlah, mudah sangat sebab tak perlu beratur panjang semata-mata nak bayar duit minyak, duduk dalam kereta jer dah boleh set dari smartphone dan terus isi minyak. Jimat masa dan selamat!

Tap, Setel Petronas nampaknya masih tak puas hati dan masih merasakan pembelian minyak dari smartphone ni lambat. Disebabkan itu, Setel memaklumkan akan hadir ke platform Apple Watch iaitu watchOS yang akan memudahkan lagi pembelian minyak.

image is not available

Apapun, melihat dari laporan Amanz.my, berikut adalah bayangan awal cara pengisian minyak menggunakan jam tangan jenis Apple Watch tanpa perlu sentuh smartphone lagi. Lagi nice weh!

image is not available

image is not available

Berdasarkan sumber, kemudahan ini sepatutnya sudahpun boleh digunakan Disember tahun lalu, bagaimanapun ia ditangguhkan atas sebab tertentu. Namun, sekarang Setel sudah mula mempromosikan dan ia dijangkan keluar tidak lama lagi. Siapa belum ada Apple Watch tu bolehlah rancang beli cepat, KWSP ada lagi tak?

Kredit: amanz.my

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media