Lelaki maut ketika main bola sepak di Penampang

5 Apr 2022 • 3:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

PENAMPANG: Seorang lelaki berusia 57 tahun maut selepas rebah ketika bermain bola sepak di sini, pada Ahad.

Mangsa yang merupakan penjaga gol dikatakan rebah dan tidak sedarkan diri selepas membaling bola dalam kejadian jam 6 petang itu.

Menurut Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Supt Mohd Haris Ibrahim, mangsa meninggal dunia ketika dirawat di bahagian kecemasan Hospital Queen Elizabeth (HQE).

Bagaimanapun, beliau menyatakan punca kematian mangsa masih belum dapat dipastikan, dan mayat mangsa telah dihantar ke Jabatan Forensik HQE untuk bedah siasat.

“Ketika kejadian, rakan mangsa yang melihatnya rebah segera membantu dan mendapati nadi mangsa masih berdegup kencang.

“Pihak bomba dan penyelamat yang tiba di tempat kejadian segera memberikan bantuan pernafasan sebelum membawa mangsa ke hospital,” katanya sambil menambah kematian diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.