Redmi K50S Dan Xiaomi 12T Akan Dijana Dengan Cip Snapdragon 8 Gen 1+

TechnologyDigital
26 Apr 2022 • 10:30 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Xiaomi dan Redmi nampaknya telah bersedia untuk melancarkan telefon pintar yang dijana dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1+ binaan TSMC. Sebelum ini kami telah melaporkan mengenai Xiaomi 12 Ultra, yang sebenarnya merujuk kepada Xiaomi 12S. Kini ITHome mendedahkan yang cip ini turut akan digunakan pada siri Xiaomi 12T.

Dalam kod MIUI dan pada pangkalan data IMEI, cip Snapdragon 8 Gen 1+ binaan TSMC ini dilihat akan digunakan pada Xiaomi 12T dan Xiaomi 12T Pro. Ini adalah pengganti kepada siri Xiaomi 11T yang cukup hangat ketika mula dijual di Malaysia.

image is not available

Selain itu, Redmi K50S dan K50S Pro juga akan menggunakan cip ini sebagai versi naik taraf kepada Redmi K50 yang sedia ada. Bukan itu sahaja, Xiaomi MIX Fold 2 juga pernah dikhabarkan turut akan menggunakan cip yang sama.

Dalam laporan yang sama daripada sumber, Xiaomi 12T untuk pasaran global dilihat akan mempunyai tiga model peranti iaitu Xiaomi 12T biasa, Xiaomi 12T Pro dan satu lagi dengan nombor model 22081212UGL12U untuk Xiaomi 12T Pro Super Fast Charging Edition.

Turut dikatakan Xiaomi 12T mungkin akan menggunakan cip Dimensity 9000 atau versi mercu mereka, sementara Snapdragon 8 Gen 1+ terhad pada variasi Pro. Untuk Redmi K50S, ia dilihat mungkin akan terhad di China sahaja seperti biasa.