Komitmen pasukan keselamatan, petugas kesihatan dihargai: KM

LocalPolitics
14 Apr 2022 • 1:06 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah amat menghargai peranan serta komitmen pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjaga keamanan negeri itu sekali gus memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara terutama dalam memerangi pandemik Covid-19.

Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor berkata pengorbanan semua anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan dalam menjaga keharmonian Sabah membolehkan kerajaan negeri memastikan pelaksanaan pelan pembangunan khususnya menerusi Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) berjalan lancar.

“Pasukan keselamatan dan petugas kesihatan telah memainkan peranan penting dalam membantu negara merealisasikan visi menjadikan Malaysia sebuah negara progresif dan Sabah sebuah negeri yang makmur. Keamanan yang kita nikmati ketika ini membolehkan negara terus maju ke hadapan.

“Dalam konteks pembukaan semula sempadan negara 1 April lalu, keamanan Malaysia adalah penting untuk membantu mendapatkan keyakinan pelabur serta menarik kehadiran pelancong asing,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri 2022 kepada anggota pasukan keselamatan dan petugas kesihatan di Menara Kinabalu di sini pada Rabu.

Hajiji berkata majlis itu diadakan sebagai tanda penghargaan dan pengiktirafan kepada semua anggota pasukan keselamatan atas jasa bakti mereka menjaga keamanan negeri, serta sumbangan petugas kesihatan yang bekerja tanpa jemu memutuskan rantaian penularan wabak Covid-19.

Turut hadir Pengarah Kesihatan Sabah Datuk Dr Rose Nani Mudin; Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Jauteh Dikun; Panglima Divisyen Kelima Infantri Malaysia Mejar Jeneral Datuk Mohd Halim Khalid; dan Pengarah Maritim Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Datuk Mohd Rosli Abdullah.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.