Lelaki Mengaku Cicit P Ramlee, Netizen Ingat Sengaja Untuk ‘Content’ Sekali Memang Ada Bukti!

Entertainment
5 Apr 2022 • 2:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seorang pemuda mendapat perhatian ramai selepas mendedahkan moyangnya adalah sosok yang sangat dihormati, dikenali serta dikagumi.

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pemuda tersebut memberitahu bahawa dia merupakan cicit kepada lagenda, Allahyarham P Ramlee.

Video yang mendapat lebih 1.6juta tontonan itu menerima pelbagai respon daripada netizen di mana ada yang terpegun dan segelintir seperti tidak mempercayai dakwaannya itu.

Malah, ada yang memberikan komen dengan meminta pemuda bernama Abu Ghazi itu untuk menunjukkan bukti bahawa Allahyarham merupakan moyangnya.

Menerusi video lain, Abu Ghazi menunjukkan keratan akhbar pada tahun 2008 yang menerbitkan tentang salasilah keturunan P Ramlee.

Menurutnya, pertalian keluarga dimaksudkan adalah benar dan Nasir P Ramlee itu merupakan datuknya. Ternyata video tersebut membuktikan dia bercakap benar kerana di dalam keratan akhbar itu terpapar nama Abu Ghazi.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 bulan lalu

"Tak Seriau Ke.." - Ular Saiz 'Anaconda' Jadi Pilihan Haiwan Peliharaan Keluarga, Netizen Risau 'Makan Tuan'