Piala Dunia Hoki Remaja Wanita: Malaysia bangkit atasi Uruguay

8 Apr 2022 • 11:30 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KEMENANGAN tipis 2-1 ke atas Uruguay melayakkan skuad wanita muda negara untuk beraksi pada pusingan penentuan kedudukan kesembilan hingga ke-12 di pentas Kejohanan Piala Dunia Hoki Remaja Wanita di Potchefstroom, Afrika Selatan.

Dalam perlawanan penentuan tempat kesembilan hingga ke-16 pada Khamis, pasukan negara terlebih dahulu dikejutkan dengan jaringan pukulan sudut penalti Elisa Civetta pada minit ke-35.

Tersentak dengan jaringan lawan, skuad bimbingan Mohd Nasihin Nubli Ibrahim itu bangkit dengan menjaringkan dua gol padang dalam tempoh selang seminit pada suku keempat perlawanan, masing-masing menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor pada minit ke-53 disusuli jaringan Nuramirah Shakirah Zulkifl pada minit ke-54, dan kedudukan itu kekal hingga wisel penamat.

Kemenangan itu menyaksikan Malaysia dijadual bertemu Ireland esok (Sabtu) bagi pusingan penentuan tempat kesembilan hingga ke-12.

Skuad remaja kebangsaan sebelum ini gagal mara ke peringkat suku akhir selepas menduduki tangga tercorot Kumpulan D dengan hanya satu mata.

Malaysia membuka tirai kempen kumpulan dengan mengalami kekalahan besar 0-10 kepada Jerman, diikuti seri 3-3 menentang Wales dan tumpas 0-4 kepada India. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved