Mais edar bubur lambuk, beri duit raya kepada anak yatim

20 Apr 2022 • 5:47 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SUNGAI BULOH, 20 APRIL: Sebanyak 600 bekas bubur lambuk diedar Majlis Agama Islam Selangor (Mais) kepada empat rumah yatim, hari ini.

Empat rumah anak yatim yang menerima sumbangan itu ialah Rumah Kasih Harmoni, Pertubuhan Kebajikan Ehsan As-Syakur, Asrama Yatim Damai dan Rumah Aman Shah Alam.

Sumbangan bubur lambuk itu disampaikan Pengerusi Mais, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof di Rumah Kasih Harmoni, Paya Jaras di sini.

Pada majlis yang sama Mais turut menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada 110 orang anak-anak yatim melalui peruntukan Baitulmal Mais.

Program itu bertujuan mengimarahkan Ramadan dan mengeratkan hubungan silatulrahim serta berkongsi rezeki dengan penghuni rumah anak yatim.