Tular ‘Non Muslim’ Dilarang ‘Dine In’ Sebelum 3 Petang Di Seri Iskandar, Ini Jawapan MDPT

Politics
5 Apr 2022 • 6:23 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Baru-baru ini tular di laman sosial Twitter di mana seorang individu bukan beragama Islam tidak dibenarkan ‘dine-in’ di sebuah restoran sebelum jam 3 petang.

Individu tersebut memuat naik ciapan menerusi media sosial menyatakan rasa tidak puas hatinya terhadap peraturan dan notis tersebut serta menyatakan bahawa tindakan itu tidak wajar kepada individu yang tidak berpuasa atau bukan muslim.

image is not available

 

Selepas isu itu hangat diperkatakan, Majlis Daerah Perak Tengah (MDPT) mengeluarkan kenyataan dan mengatakan bahawa notis tersebut hanya berkuatkuasa kepada peniaga yang beragama Islam.

image is not available

Menerusi laporan Sinar Harian, Yang Dipertua MDPT, Mohd Syukri Azaari menerangkan notis yang tular itu akan dibatalkan kerana bimbang timbulnya salah faham dalam kalangan warganet.

Pihak MDPT juga memohon maaf atas kesilapan yang berlaku dan pengusaha premis makanan serta pelanggan digesa agar menghormati sensitiviti masyarakat sepanjang bulan ramadan.

image is not available 21 jam lalu

“Bila Ditegur, Melenting” - Sedekah Tapi Membazir, Netizen Geram Makanan Terbiar Tepi Jalan