
Kota Kinabalu: Jabatan Kesihatan Negeri bersedia untuk ketibaan pelancong antarabangsa dari Singapura, yang dijadualkan tiba pada 16 April.
“Kami sudah bersedia kerana kami telah menjalankan simulasi dua minggu lalu dengan semua agensi terbabit dalam pembukaan semula sempadan,” kata Pengarah Kesihatan Negeri Datuk Dr Rose Nani Mudin.
