Kasut Yang Diperbuat Daripada Alga Ini Terbiodegradasi 100%

TechnologyDigital
26 Apr 2022 • 3:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Kita tahu sekarang plastik sudah merebak ke lautan paling dalam dunia, di puncak Everest dan lebih merisaukan turut ditemukan dalam darah manusia. Bahan yang dianggap magis pada dekad 50an kini nyata berbahaya kerana sukar dikitar semula dan tidak terbiodegradasi dengan mudah. Untuk mengurangkan lambakan plastik di dunia, firma Algenesis menjual kasut Blueview yang boleh dikitar semula 100%.

image is not available

Uniknya dengan kasut Blueview ialah ia diperbuat sepenuhnya dari bahan alga. Tapak misalnya diperbuat daripada busa Soleic yang menggunakan minyak alga sebagai ganti bahan petroleum. Bahagian tubuh kasut pula diperbuat daripada serat pokok Eucalyptus.

Selepas tidak lagi digunakan, Blueview boleh dimasukkan ke dalam bekas kompos dengan bahagian tubuh terlerai sepenuhnya dalam masa beberapa bulan dan tapak pula dalam masa setahun. Ini adalah lebih pendek berbanding tapak getah yang mengambil masa 80 tahun. Kasut Blueview dijual pada harga $135 (~RM587) sepasang.

View Original Article