Kematian Tahanan Lokap Disyaki Akibat Sawan

14 Apr 2022 • 2:06 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar hiasan

KAJANG - Seorang tahanan bagi kes kesalahan dadah dilaporkan meninggal dunia selepas disyaki diserang sawan di lokap Balai Polis Kajang, di sini semalam.

Pengarah Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, Datuk Seri Azri Ahmad berkata, lelaki tempatan berusia 45 tahun itu dituduh di mahkamah mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, kelmarin.

“Orang kena tahan (OKT) itu dipercayai mengalami sawan kira-kira jam 10.32 pagi, sebelum anggota bertugas kemudiannya bertindak menghubungi pihak hospital.

“Pihak hospital kemudiannya membuat pemeriksaan terhadap OKT itu dan membawanya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, Penolong Pegawai Perubatan mengesahkan OKT sudah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital dan punca kematian masih belum diketahui .

Katanya, Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT) JIPS Bukit Aman akan menjalankan siasatan berkaitan kes itu. 

Mengulas lanjut, Azri Ahmad berkata, lelaki terbabit dituduh di bawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952, semalam.

“Bagaimanapun OKT tidak mengaku salah dan tiada penjamin.

“Dia ditumpangkan di lokap Balai Polis Kajang sebelum dihantar ke Penjara Satelit Beranang bagi reman penjara,” ujarnya. - Getaran, 14 April 2022.
 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved