RM67 juta atasi masalah bekalan air di Jerantut

25 Apr 2022 • 11:05 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

KUANTAN - Pengurusan Air Pahang Berhad (Paip) memperuntukkan RM67 juta bagi melaksanakan projek menambah baik perkhidmatan bekalan air di lapan lokasi utama yang mengalami masalah bekalan air di Jerantut.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, enam projek jaringan bekalan air baharu melibatkan Kampung Temin, Kampung Bukit Rang, Kampung Selimbar, Kampung Batu Balai, Kampung Berchang dan Kampung Kuala Damak, Paya Teh telah disiapkan.

Menurutnya, dua lagi projek masih dalam peringkat reka bentuk iaitu di Loji Rawatan Air (LRA) Batu Balai dan Kampung Tanah Pindah melibatkan 425 akaun pengguna.

"Selepas ini, saya akan mengadakan mesyuarat berfokus bersama Paip untuk membincangkan projek-projek bagi mengatasi masalah bekalan air di daerah Rompin," katanya dalam satu kenyataan di Facebook.

Wan Rosdy berkata, melalui perancangan dan strategi yang diputuskan itu memberi kesan positif kepada rakyat khususnya berkaitan usaha menyediakan perkhidmatan bekalan air yang berkualiti di negeri ini.

Beliau sebelum itu hadir mengikuti mesyuarat berfokus bersama Paip bagi membincangkan masalah bekalan air di Jerantut pada Ahad.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved