Anda boleh sewa peralatan baiki iPhone daripada Apple pada kadar USD49/minggu

Digital
29 Apr 2022 • 1:06 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple memang terkenal dengan amalan tak gemar pemilik peranti jenamanya membaiki di tempat selain daripadanya. Ada macam-macam halangan diletakkan untuk memastikannya. Contohnya, setiap komponen ada nombor sirinya tersendiri dan sekiranya tak sepadan, peranti itu sehingga tak boleh dihidupkan.

Kini, ada sedikit kelonggaran diberikan, mungkin kerana diasak kuat daripada persatuan pengguna dan pihak berkuasa. Apple telah memperkenalkan program Self Service Repair, inisiatif yang mmebolehkan pengguna mambaik pulih iPhone sendiri.

Di gedung dalam talian Apple Self Service Repair, anda boleh dapatkan lebih 200 jenis alat ganti untuk membaik pulih telefon anda. Mereka tawarkan alat ganti untuk siri iPhone 12, iPhone 13, dan iPhone SE 2022.

image is not available

Harga komponen adalah sama dengan harga kedai. Contohnya, paparan iPhone 12 dijual pada harga USD295.95 (~RM1,117.66) ataupun diskaun USD33.60 sekiranya anda pulangkan skrin yang rosak kepada pihak Apple.

Satu yang menarik tentang Apple Self Service Repair, anda tak perlu beli peralatan membaiki hanya untuk gunakan sekali sahaja. Apple boleh menyewakan peralatan yang diperlukan. Untuk seminggu, kadar sewaan yang dikenakan adlaah USD49 (~RM213).

image is not available

Ini adalah satu langkah yang baik oleh Apple buat pengguna. Cumanya, optiknya lebih kelihatan untuk memenuhi kehendak pihak berkuasa berbanding ingin memperkasa seruan right-to-repair. Malangnya, kemudahan ini cuma boleh dinikmati pengguna dalam pasaran A.S sahaja setakat ini.

Bacaan berkaitan