Biar lauk dihurung lalat, guna telur ayam ada tahi

22 Apr 2022 • 9:28 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

BUTTERWORTH - Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) mengeluarkan 25 notis atas pelbagai kesalahan terhadap peniaga Bazar Ramadan Sungai Dua, di sini pada petang Khamis.

Kesalahan itu dikesan dalam pemeriksaan mengejut yang dilakukan menerusi Ops Bazar bagi memastikan makanan dijual bersih dan selamat dimakan oleh orang ramai.

Ketua Bahagian Penguatkuasaan JKNPP, Mohd Wazir Khalid berkata, hasil pemantauan dilakukan mendapati tahap kebersihan yang dipraktikkan pengendali makanan di bazar tersebut hanya pada tahap memuaskan.

Menurutnya, antara kesalahan yang dikenal pasti seperti peniaga membiarkan lauk tanpa penutup hingga dihurung lalat selain guna telur ayam yang mempunyai kesan tahi ayam.

“Ini adalah kesalahan yang serius kerana sikap itu boleh menyumbang kepada keracunan makanan yang disebabkan oleh lalat," katanya ketika ditemui di lokasi pemeriksaan pada Khamis.

Mohd Wazir berkata, pemeriksaan yang dibuat juga mendapati lebih 30 pengendali makanan di bazar tersebut tidak mengambil suntikan tifoid dengan alasan berniaga dalam tempoh sebulan sahaja.

Tambahnya, ada di kalangan peniaga yang memandang remeh isu pemakaian perlindungan diri (PPE) seperti topi serta apron sedangkan itu adalah perkara asas bagi individu yang mahu mengendalikan perniagaan makanan.

Dalam pada itu, Mohd Wazir terus mengingatkan peniaga untuk menjaga tahap kebersihan bagi mengelakkan insiden keracunan makanan berlaku kerana ia merupakan satu kesalahan serius.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved