Lebih 300,000 kanak-kanak sudah lengkap vaksinasi Covid-19

16 Apr 2022 • 5:43 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 16 APRIL: Seramai 308,116 kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun atau 8.7 peratus daripada populasi berkenaan di negara ini telah lengkap menerima vaksinasi Covid-19 di bawah Program Imunisasi Kanak-Kanak Covid-19 Kebangsaaan (PICKids), setakat semalam.

Berdasarkan laman web COVIDNOW, seramai 1,390,105 kanak-kanak dalam kumpulan sama atau 39.2 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur antara 12 hingga 17 tahun, seramai 2,869,234 individu atau 92.2 peratus telah melengkapkan vaksinasi manakala 2,971,696 individu atau 95.5 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi populasi dewasa pula, seramai 15,965,602 individu atau 67.9 peratus telah menerima dos penggalak manakala 22,960,229 atau 97.6 peratus telah melengkapkan kedua-dua dos vaksin dan 23,236,925 atau 98.8 peratus telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sebanyak 55,755 dos vaksin Covid-19 telah diberikan semalam melibatkan 5,767 dos penggalak, 38,467 dos kedua dan 11,521 dos pertama menjadikan jumlah kumulatif pemberian dos vaksin menerusi Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebanyak 69,489,172.

Sementara itu, menurut portal GitHub Kementerian Kesihatan, 16 kematian akibat Covid-19 dilaporkan di negara semalam dengan Perak mencatat jumlah tertinggi sebanyak lima kes diikuti Pahang, Pulau Pinang dan Selangor masing-masing dua kes.

Johor, Perlis, Sabah, Sarawak dan Kuala Lumpur pula masing-masing merekodkan satu kes.

– BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved