MagSafe Battery Pack terima kemas kini firmware, kini mengecas lebih pantas

Digital
21 Apr 2022 • 2:03 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Apple dilaporkan telah mula mengedarkan kemas kini versi 2.7 untuk MagSafe Battery Pack mereka. Melalui kemas kini tersebut, pek kuasa yang ditambat di belakang iPhone yang menyokong MagSafe itu kini mengecas telefon lebih pantas. Ia kini mampu membuahkan tenaga pada paras 7.5W berbanding 5W sebelum ini (+50).

image is not available

7.5W adalah angka yang dicatatkan oleh satu produk pengecasan MagSafe pihak ketiga iaitu Anker PowerCore Magnetic 5K Wireless Power Bank. Pek kuasa ini sangat berguna untuk iPhone model Mini dek kerana telefon itu miliki bateri 2,227mAh sahaja.

Sekiranya anda berminat untuk dapatkan seunit MagSafe Battery Pack, ia dijual pada harga RM479 dan saya rasakan harganya agak tinggi. Pada harga sebegitu, anda boleh dapatkan pek kuasa yang ada kapasiti lebih tinggi dan menikmati pengecasan jauh lebih pantas dengan kabel Lightning.

Sumber: Apple

View Original Article