Pacu Produktiviti Pasca Pandemik dengan Galaxy Tab S8 Ultra

Digital
14 Apr 2022 • 11:37 PM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Kalau anda sedang mencari solusi untuk memantapkan produktiviti tidak kira di mana saja anda berada, silalah usyar tablet dalam siri Samsung Galaxy Tab S8 yang baharu.

image is not available

Tablet kian jadi gajet perlu ada dalam kehidupan sesetengah individu. Landskap komunikasi masa ini berubah dengan drastik hasil pacuan wabak yang melanda sejak 2019. Contohnya, persekitaran kerja hibrid dan pembelajaran daripada rumah sudahpun menjadi norma.

image is not available

Kita kini perlukan sebuah gajet yang mudah alih dan dalam masa yang sama, tidak mengorbankan prestasi yang dinikmati pada kelengkapan PC di rumah.

image is not available

Siri ini ditawarkan dalam tiga varian dan varian Galaxy Tab S8 Ultra adalah yang paling berkuasa dan setiap satu daripadanya memberikan pengalaman setaraf PC melalui Samsung DeX dalam pakej ultramudah alih.

image is not available

Di tablet, anda boleh aktifkan mode DeX terus di dalam peranti tersebut tanpa kehadiran paparan tambahan. Persekitaran antara muka akan jadi lebih sesuai untuk tugasan produktiviti bila aplikasi dilancarkan dalam tetingkap.

image is not available

Tetingkap tersebut boleh disuaikan mengikut ruang kerja. Anda boleh ubah ketelapan cahaya tetingkap dan pinkan tetingkap di bahagian atas sekiranya perlu.

image is not available

Ciri ini sangat berguna untuk pekerjaan multitugasan seperti anda perlu membanding beza dokumen secara sebelah menyebalah. Ia jadi lebih mudah dengan paparan gergasi 14.6" sAMOLED dengan kadar segar semula 120Hz.

image is not available

Dengan fungsi Multi Window, ruang paparan yang luas boleh dibahagikan seperti sebaagian untuk bersidang video dan sebahagian lagi untuk bekerja.

image is not available

Bahagian bawah paparan pula ada taskbar untuk anda tempatkan ikon-ikon pintas yang boleh dilancarkan secara pantas.

image is not available

Input boleh diberikan kepada tablet melalui pelbagai cara. Selain sentuhan, anda ada S Pen untuk conteng, lakar, dan lorek dalam bentuk lebih jitu.

image is not available

Samsung Notes adalah cara terpantas untuk merekodkan semua idea-idea bernas anda. Ia cukup pintar untuk mengecam tulisan anda untuk ditukarkan kepada teks.

image is not available

Disekalikan dengan tablet adalah Book Cover Keyboard untuk menaip, tidaklah nanti produktiviti anda terganggu dek papan kekunci digital memakan hampir separuh paparan.

image is not available

Ia bercantum kepada tablet menggunakan kuasa magnet dan ada ruang penyimpanan S Pen untuk elakkannya daripada tercicir.

Sekiranya anda biasa gunakan tetikus, Galaxy Tab S8 Ultra juga boleh menerima isyarat daripada tetikus Bluetooth untuk ruang kerja bebas kabel.

image is not available

Apa tunggu lagi, jom pacu produktiviti dengan siri Samsung Galaxy Tab S8. Ada tiga varian Samsung Galaxy Tab S8 boleh anda dapatkan. Harga setiap daripada varian itu adalah seperti berikut:

  • Samsung Galaxy Tab S8 RM3,299
  • Samsung Galaxy Tab S8+ RM4,599
  • Samsung Galaxy Tab S8 Ultra RM5,899

Layari laman rasmi produk untuk maklumat lanjut