Pelancar Nothing Dilancarkan – Hadir Dengan Widget Tersendiri

TechnologyDigital
28 Apr 2022 • 11:31 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Semasa acara The Truth Nothing yang dianjurkan bulan lalu, mereka telah mengacah kehadiran Nothing Phone (1). Bersama-sama dengannya, sistem operasi Nothing OS, pelancar Nothing dan janji produk mereka akan mempunyai ekosistem yang mudah digunakan berasama-sama turut diumumkan.

Sementara menanti kehadira peranti pertama mereka, hari ini Nothing telah melancarkan pelancar tersuai mereka untuk peranti Android terpilih.

image is not available

Ia adalah pelancar asas yang menawarkan satu gambar latar dan tiga widget. Widget yang ditawarkan adalah cuaca dan dua untuk memaparkan jam, di mana kedua-duanya menyokong tema gelap. Pelancar ini turut boleh memasang ikon pihak ketiga, lain-lain masih tidak boleh dilakukan termasuk mengubah saiz grid, talam aplikasi, warna atau susun atur skrin utama.

image is not available

Pelancar Nothing ini boleh dikatakan nothing special pun. Akan tetapi, kelak Nothing OS akan menawarkan tema tersuai rekaan tersendiri, nada dering berasaskan bunyi-bunyi teknologi vintaj dan animasi tersendiri berserta beberapa elemen adaptif dan yang bergerak.

image is not available

Pelancar ini dikatakan terhad untuk peranti terpilih seperti Samsung Galaxy S22/S21 dan Google Pixel 6/Pixel 5 sahaja. Namun beberapa sumber menyatakan OnePlus 10 Pro tiada masalah menyokongnya, begitu juga dengan beberapa peranti Snapdragon 8 Gen 1 dengan Android 12 di makmal Amanz tiada masalah memasangnya.

Jika anda berminat, klik pautan di bawah untuk memuat turun pelancar Nothing yang masih dalam bentuk beta ini.

View Original Article