Penyanyi ditahan polis, pukul badan bekas isteri hingga lebam

20 Apr 2022 • 9:05 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

KUALA LUMPUR, 20 APRIL: Seorang penyanyi lelaki ditahan polis kerana dikatakan memukul dan menyebabkan kecederaan terhadap bekas isterinya selepas berlaku perselisihan faham di Kota Damansara, semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Mohd Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata suspek berusia 45 tahun itu ditahan di kediamannya hari ini susulan laporan yang dibuat oleh bekas isterinya yang berumur 27 tahun.

“Ketika kejadian kira-kira 2.30 petang, mangsa berada di kawasan parkir kediaman lelaki itu di Kota Damansara untuk mengambil anak lelaki daripada bekas suami sebelum berlaku perselisihan faham kerana wanita itu enggan bergambar bersama suspek.

“Suspek telah memarahi dan memukul badan pengadu sehingga menyebabkan wanita itu lebam dan sakit pada anggota badannya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya hasil ujian air kencing suspek adalah negatif dan permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah esok bagi membantu siasatan kes di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan Seksyen 18 (A) Akta Keganasan Rumahtangga 2017.

Insiden tersebut tular di media sosial.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved