“Bila Ditegur, Melenting” – Sedekah Tapi Membazir, Netizen Geram Makanan Terbiar Tepi Jalan

5 Apr 2022 • 4:01 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Sudah menjadi lumrah bila tibanya bulan Ramadan, setiap umat Islam seolah-olah berlumba-lumba untuk mengejar pahala berlipat kali ganda tidak kiralah dengan amalan sunat mahupun bersedekah.

Namun, satu perkongsian daripada seorang pengguna media sosial Twitter ini mungkin dapat membuka mata anda agar tidak menjadikan amalan yang mendatangkan pahala di bulan Ramadan sebagai satu dosa pula di kemudian hari.

Dalam perkongsian itu, individu ini berkongsikan foto-foto pembaziran pek makanan yang terbiar kerana terlalu banyak dan tidak disumbangkan kepada golongan memerlukan secara efisien.

Semua berebut nak buat amal bulan Ramadan. Tapi jangan sampai membazir dan menyusahkan. Tiap tahun ulang benda sama, ego tak nak belajar atau kerjasama, semua nak kejar nama.

Jelasnya lagi, perkara seperti pembaziran makanan itu boleh dikatakan berlaku setiap tahun dan para gelandangan didakwa pernah mendapat berpuluh pek makanan dalam sehari.

Dan yang paling menyebalkan adalah apabila ramai yang ‘beramal’ hanya kerana ingin mengambil foto dan menunjuk-nunjuk di media sosial.

image is not available

Sumber : Twitter 

Dalam pada itu, individu ini turut memberi cadangan beberapa lokasi dan tempat untuk bersedekah dan beramal jariah sempena bulan yang mulia ini seperti kawasan perumahan PPR, hospital, pelajar-pelajar kolej yang tidak berkemampuan, dan lain-lain lagi.

Beramal jangan sampai jadi dosa pula ya!

image is not available 21 jam lalu

Pecah Rekod! 6 Pelajar Malaysia Berjaya Diterima Masuk Ke Universiti Harvard