Tertarik Langsir Hingga Besi Tercabut, Punca Siti Bainun ‘Naik Hantu’ Pada Bella

15 Apr 2022 • 6:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Saksi memberitahu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali mula tidak sukakan remaja istimewa iaitu adik Bella itu berpunca dari satu kejadian iaitu menarik langsir hingga tercabut besinya.

Menurut saksi kelima iaitu Yasmin Nahar, bermula dari situ dia mula memarahi Bella hingga memukulnya dengan teruk, namun lupa tarikh kejadian itu terjadi.

Dalam pada itu, dia turut disuruh oleh Siti Bainun untuk menanggalkan keseluruh pakaian yang dipakai oleh Bella sebelum diikat, lalu disiramkan dengan air panas.

image is not available

Melalui laporan Berita Harian, Yasmin ada membuat keterangan kelmarin, memberitahu Siti Bainun mendera Bella hampir setiap hari selama empat bulan dan ia bermula pada bulan Mac 2021 sehingga 24 Jun 2021.

Namun, Siti Bainun mengaku tidak bersalah atas pertuduhan yang dilakukan buatnya iaitu mendera remaja Down Syndrome itu sehingga dirinya mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

image is not available 3 hari lalu

"Macam Mustahil.." - Saksi Sering 'Diperlekehkan', Fynn Jamal Kongsi Pengalaman Perbicaraan #JusticeforBella