Sonny Bill Williams Ditegur Kena Pakai Lengan Panjang ‘Cover’ Tatu Bila Masuk Masjid

8 Apr 2022 • 11:51 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Baru-baru ini, bintang ragbi New Zealand, Sonny Bill Williams menarik perhatian ramai apabila memuat naik foto menunaikan solat terawih bersama keluarganya di sebuah masjid.

Dalam kegembiraan itu, ada pula netizen yang menjadikan tatu di bahagian lengannya sebagai isu. Ada yang berpendapat pemain yang kini aktif dalam sukan tinju ini perlu memakai baju lengan panjang jika beribadah.

Selain daripada isu tidak memakai lengan panjang, ada juga netizen yang mahu pemain ini membuang tatu yang ada di badannya.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Tampil mempertahankan pemain ini, ada netizen menjawab tatu di badannya itu dibuat sebelum pemain ini memeluk Islam. Bukannya dibuat setelah dia menjadi saudara baru.

Sonny Bill Williams bagaimanapun dilihat tidak memberikan sebarang respon balas kepada segala kritikan yang dilemparkan netizen kepadanya.

Kredit: Twitter Sonny Bill Williams

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.