Hulu Selangor diramal ribut petir, hujan hingga 5 petang

29 Apr 2022 • 3:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 29 APRIL: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di daerah Hulu Selangor, Selangor sehingga 5 petang ini.

Agensi itu menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama dijangka turut berlaku di beberapa negeri seperti Kedah melibatkan Kubang Pasu, Padang Terap, Kuala Muda, Sik dan Baling.

Manakala Perak di Larut, Matang dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Batang Padang, Muallim, Kinta dan Kampar; Pahang (Raub, Bentong, Temerloh, Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Rompin) serta Johor (Kluang, Mersing, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru).

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved