Malaysia kecam tindakan biadab Israel serang Masjid Al-Aqsa

16 Apr 2022 • 1:50 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

PUTRAJAYA, 16 APRIL: Malaysia mengecam sekeras-kerasnya tindakan biadap Tentera Rejim Israel yang menyerang umat Islam Palestin termasuk anggota perubatan dan wartawan di Masjid Al-Aqsa pada Jumaat.

Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah berkata perbuatan keji serta tidak berperikemanusiaan itu amat dikesali dan tidak sepatutnya berlaku terutama pada Jumaat apatah lagi umat Islam Palestin sedang berpuasa serta menunaikan ibadah ketika Ramadan.

“Tindakan Tentera Rejim Israel yang turut menyasarkan wanita dalam serangan itu, satu tindakan yang kejam dan tidak boleh diterima sama sekali,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Saifuddin menegaskan bahawa Malaysia akan terus konsisten dalam memperjuangkan nasib dan kebajikan rakyat Palestin.

Sekurang-kurangnya 153 rakyat Palestin cedera susulan pertempuran antara tentera Israel dan rakyat Palestin apabila tentera menyerbu perkarangan masjid selepas solat subuh pada Jumaat.

— BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved