Lelaki dipenjara tiga tahun, denda RM20,000 khianat guna api bantu 'Along'

18 Apr 2022 • 7:16 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

AYER KEROH: Seorang pekerja restoran dijatuhi hukuman penjara tiga tahun dan denda RM20,000 oleh dua Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas empat pertuduhan melakukan khianat dengan api bagi membantu kegiatan along tahun lepas.

Hakim Nariman Badruddin dan Maziah Joary Mohd Tajudin menjatuhkan hukuman itu terhadap Pua Chee Kang, 39.

Di hadapan Nariman, tertuduh menghadapi dua pertuduhan dan mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 atau penjara tiga bulan bagi setiap pertuduhan manakala Maziah Joary menjatuhkan hukuman penjara tiga tahun terhadap Pua bagi setiap pertuduhan.

Pua didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan menyebabkan kebinasaan kepada rumah kediaman milik empat individu dan juga menyebabkan kebinasaan ke atas dua motosikal dan kereta di sini antara 17 Jan 2021 dan 19 Mac 2021.

Bagi kesemua pertuduhan tersebut Pua didakwa di bawah Seksyen 436 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda.

Mahkamah memerintahkan kesemua hukuman itu berjalan serentak dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Mac 2021.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Nazrin Ali Rahim, Intan Liyana Zainal Abidin dan Anis Najwa Nazari manakala tertuduh diwakili peguam Amritpal Singh.-Bernama