5 Tips Berjimat Ketika Hari Raya Aidilfitri

Personal Finance
23 Apr 2022 • 9:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Hari Raya Aidilfitri kian menjelang tiba, pasti ramai di antara kita yang tengah berkira-kira tentang keperluan dan perbelanjaan untuk menyambut lebaran kali ini, bukan?

Sambutan hari raya boleh dianggap sebagai salah satu acara tahunan yang sering dinanti-nantikan oleh ramai khususnya anak-anak kecil. Manakan tidak, di pagi hari rayalah kita akan dijamu dengan makanan yang enak-enak, kuih-muih yang pelbagai dan masing-masing pastinya seronok bergaya dengan baju raya serta hiasan rumah yang serba baharu.

Namun begitu, apa yang merisaukan adalah kos perbelanjaan untuk menyambut hari raya kebiasaannya memerlukan budget yang agak tinggi dan kadang-kala boleh jadi tidak masuk akal. Usah bimbang, pada artikel kali ini kita akan membincangkan beberapa tips berjimat ketika menyambut Hari Raya Aidilfitri untuk renungan bersama.

1. Rancang awal segala perbelanjaan hari raya

Setiap perkara yang melibatkan wang ringgit memerlukan perancangan awal yang teliti. Tetapkan berapa budget yang boleh anda siapkan untuk menyambut lebaran kali ini.

Seeloknya berbincanglah dengan pasangan anda terlebih dahulu dan melalui budget yang sedia ada, anda boleh merangka serta merancang segala perbelanjaan hari raya dengan lebih berhemah.

2. Bersederhana ketika membeli-belah

Menerusi budget yang telah dipersetujui bersama, kemudian berbelanjalah mengikut apa yang telah ditetapkan. Sebolehnya, beli barangan mengikut kemampuan diri sendiri.

Jika ada wang lebih, anda boleh gunakannya untuk perbelanjaan raya yang lain pula. Apa yang paling penting, anda harus sentiasa berdisiplin dengan segala perancangan yang telah ditentukan.

3. Belanja ikut keperluan. Elak pembaziran

Meskipun sambutan hari raya hanya setahun sekali, ianya bukanlah alasan untuk melakukan pembaziran. Berbelanjalah mengikut keperluan. Beli yang mana yang perlu sahaja.

Sebagai contoh mudah, jika ada hiasan rumah seperti langsir yang masih elok, maka tidak perlu ditukar dengan yang baharu.

4. Gunakan tunai. Elak guna kad kredit

Ini adalah tips berjimat yang paling penting. Sentiasa berbelanja menggunakan tunai. Usah menambah hutang yang tidak penting dengan menggunakan kad kredit.

Tidak dinafikan, memang seronok berbelanja menggunakan kad kredit. Apa sahaja yang berkenan di hati boleh dibeli dengan mudah menggunakan kad kredit. Malangnya, keseronokkan tersebut hanya sementara. Kelak siapa yang derita menanggung hutang kad kredit yang tak terbayar?

5. Elak kena saman. Sentiasa berhemah ketika di jalan raya

Sambutan hari raya pastinya tidak akan lengkap jika tidak berkunjung ke rumah sanak saudara. Di dalam keseronokkan itu, ketika di dalam perjalanan, kadang-kala kita mungkin akan terlupa speedtrap yang menanti di hadapan.

Harus diingatkan, pada hari keraian umum seperti Hari Raya Aidilfitri pasti banyak operasi yang dijalankan oleh pihak berwajib. Jangan pula kita tekun berjimat sana-sini tetapi akhirnya wang simpanan habis digunakan untuk membayar saman.


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.