Baru-baru ini kita diumumkan oleh syarikat teknologi terbesar di Malaysia, iaitu Touch N Go tentang kad tanpa sentuh NFC. Ianya satu penantian yang lama di mana rakyat Malaysia mengalami kesukaran untuk menambah nilai yang sedia ada dalam pasaran. Masalah ini telah selesai dengan teknologi NFC yang membolehkan anda menambah nilai kad tanpa sentuh untuk dengan telefon pintar anda.
Ianya bagai satu detik kemenangan kepada rakyat Malaysia yang memudahkan urusan seharian terutamanya apabila menggunakan lebuhraya utama di Malaysia. Kad ini telah mula dijual dalam pasaran, dan penggunaan melalui aplikasi akan diumumkan akan datang.
Penantian ini berbaloi, namun ada juga yang merungut. Jom kita ulas tentang penggunaan kad tanpa sentuh TNG dengan ciri terbaru ini:
Kad Yang Lebih Mudah untuk Tambah Nilai
Kad ini boleh ditambah nilai dengan hanya sentuh di telefon pintar anda. Teknologi NFC membolehkan anda melakukan transaksi dengan mudah. Tidak perlu lagi mencari kiosk atau kaunter tambah nilai yang berdekatan.
Kurangnya Ruang Kiosk Tambah Nilai
Kesan kepada pekerja atau agen yang boleh menambah nilai kad TNG yang sedia ada. Pekerja di tol pula akan dikurangkan dan peluang pekerjaan akan menipis dalam industri ini.
Tidak Ada Lagi Kesesakan di Plaza Tol
Plaza tol sering kali mengalami kesesakan akibat daripada kurang baki akaun TNG. Tambahan pula, kaunter tambah nilai sangat terhad hinggakan terpaksa beratur panjang untuk menunggu giliran. Dengan kad baru ini, semua masalah akan selesai.
Ulasan ini adalah hasil pengamatan kita sebagai pengguna jalan raya. Sebagai pemandu, kita mesti mahukan perkhidmatan yang baik untuk pastikan perjalanan kita lancar. Tahun ini dengan perayaan Aidilfitri bakal menjelang tidak lama lagi, diharap kita akan lebih utamakan pelancaran dan keselamatan perjalanan kita.
Terima kasih diucapkan kepada penyedia servis dan badan lain yang membantu usaha ini menjadi kenyataan. Dan atas isu yang dikemukakan oleh netizen menjadi satu tekanan yang positif kepada syarikat yang menyediakan servis ini untuk menjadi lebih mesra pelanggan di masa akan datang.
Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!
*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.


![“Suami zalim” – [VIDEO] Netizen Berang Lihat Lelaki Siku Wanita 2 Kali Atas Motor](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)