Apple Memperlihatkan Rekaan Apple Store Terbesar Di Korea Selatan

TechnologyDigital
7 Apr 2022 • 11:02 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Apple Myeongdong akan dibuka pada 9 April ini dan ia adalah Apple Store terbesar yang pernah dibuka oleh mereka di Korea Selatan. Stor setinggi dua tingkat ini mempunyai 220 kakitangan ini terletak di Center Point Meyong-dong, Seoul. Ia adalah merupakan Apple Store ketiga dibuka sejak stor pertama dibuka pada tahun 2018.

image is not available

Apple Store ini mengintegrasikan rekaan tradisional kertas hanji serta dihiasi dua hasil seni artis tempatan Jaehyo Lee dan VAKKI. Ia turut menjadi Apple Store pertama di Asia dengan kawasan khas untuk mengambil produk yang dibeli atau dipesan secara atas talian.

image is not available

Terdapat ruang biasa untuk pelbagai produk dan juga forum yang boleh digunakan untuk sesi tutorial produk serta pertemuan pelbagai program yang dianjurkan oleh Apple. Dengan pembukaan Apple Store ini, Apple meningkatkan lagi tekanan ke atas pesaing mereka Samsung.