
Tiba sahaja bulan Ramadan, selalunya banyak makanan yang dibazirkan kerana sifat tamak manusia yang tidak pernah cukup ketika berbuka puasa. Selalunya, makanan-makanan selalu dibazirkan apabila berbuka dengan bufet.
Itulah yang dikongsikan di TikTok di mana pemilik video itu menunjukkan bagaimana pelanggan-pelanggan yang datang mengambil banyak makanan dan tidak dihabiskan dan ada juga makanan yang belum dijamah oleh pelanggan.
Hal tersebut menyebabkan pemilik video itu marah dan menyatakan kekesalan terhadap pihak yang tidak bertanggungjawab dengan membiarkan meja bersepah dan mengamalkan tabiat membazir.
Walau bagaimanapun, pemilik video itu diserang semula oleh warganet di mana ramai yang menunjukkan perasaan tidak puas hati dan menyatakan makanan bufet memang selalunya akan dibazirkan kerana pihak restoran tidak membenarkan pelanggan membungkus makanan yang tidak habis.
Ada juga yang berkata, majoriti hotel tidak membiarkan pelanggan mahupun staf yang bekerja untuk membungkus makanan dan telah menjadi prosedur hotel untuk membuang makanan lebihan.



(VIDEO) “Sudah-Sudahlah Aniaya Orang..” - Peniaga Ditipu Pelanggan Order Untuk 60 ‘Pax’ Tapi Tak Datang
The post (VIDEO) “Makanan Tak Boleh ‘Tapau'” – Kesal Makanan Banyak Dibazirkan, Netizen ‘Serang’ Balik Staf first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.

