Jangan Salah Guna Kurniaan Istana Untuk Raih Populariti - Permaisuri Johor

LocalPolitics
19 Apr 2022 • 8:31 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Gambar dari Facebook The Royal Johor

JOHOR BAHRU - Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah bertitah sebarang kurniaan daripada Istana Johor, tidak sepatutnya disalah gunakan untuk meraih populariti di media sosial.

Raja Zarith Sofiah bertitah demikian merujuk kepada akaun pengguna TikTok shafeqyahya yang telah menayangkan beberapa hadiah kurniaan daripada Istana Bukit Serene di sini.

Bagaimanapun, Raja Zarith Sofiah bertitah baginda tidak mengenali individu pemilik akaun tersebut.

“Saya tahu hadiah-hadiah itu dan ia sebenarnya hadiah kurniaan kepada sesetengah pegawai-pegawai kanan Kerajaan Negeri Johor, sebagai penghargaan ikhlas atas perkhidmatan mereka.

“Saya tidak mengenali siapa ‘shafeqyahya’ ini dan saya mengesyaki hadiah-hadiah itu disalahgunakan untuk meraih ikutan dan populariti di media sosial, seolah-olah mempunyai hubungan yang rapat dengan Keluarga DiRaja Johor,” titah Raja Zarith Sofiah dalam hantaran di laman Facebook The Royal Johor hari ini.

Baginda bertitah satu laporan polis akan dibuat bagi menyiasat sama ada wujudnya elemen salah guna atau pun menyamar, sebagai pegawai kerajaan Johor.

Terdahulu, dalam beberapa video TikTok yang dikongsikan pemilik akaun terbabit memaparkan beberapa kurniaan dari Istana Johor seperti loket rantai, syiling berwarna emas, set pen dan tasbih serta samping raya. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved