“Jangan Sebab Kau Orang Lain Susah” – Netizen Risau Ada Geng Basikal Tengah Highway Waktu Malam

14 Apr 2022 • 2:26 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Hukuman penjara 6 tahun dan denda RM6,000 dikenakan kepada Sam Ke Ting, yang didapati memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 8 remaja berbasikal lajak telah mengundang pelbagai respon.

Ada segelintir netizen berpendapat hukuman itu tidak wajar sehingga satu petisyen diwujudkan mendesak Sam Ke Ting dibebaskan.

Terbaru, menerusi perkongsian seorang pengguna Facebook di laman DashCam Owners Malaysia, dua individu dilihat berbasikal di tengah lebuh raya pada waktu malam.

image is not available

Berdasarkan video rakaman dashcam berdurasi 15 saat itu, kejadian dipercayai berlaku pada 13 April 2022 kira-kira jam 10.25 malam.

Nasib baiklah pemandu sempat memperlahankan kenderaan setelah melihat individu terbabit. Netizen mempersoalkan adakah pemandu akan dikenakan hukuman penjara jika terlanggar geng basikal ini.

image is not available

Di ruangan komen, rata-rata netizen mengkritik tindakan tidak rasional dua individu berbasikal di tengah lebuh raya. Kata mereka, tindakan itu mengundang risiko bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain.

image is not available

image is not available

image is not available

image is not available

Diharapkan ada yang ambil pengajaran daripada video ini. Menungganglah di tempat yang selamat.

Kredit: Wahyuu Abdullah via DashCam Owners Malaysia

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh!Media.