Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan tahniah kepada 6 pelajar Malaysia berjaya ke Harvard

6 Apr 2022 • 10:53 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah hari ini menzahirkan ucapan tahniah kepada enam pelajar Malaysia yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Harvard.

Menerusi catatan di laman Facebook Istana Negara hari ini, Seri Paduka berdua turut menzahirkan rasa sukacita di atas kejayaan mereka yang sekali gus turut membanggakan rakyat Malaysia.

“Seri Paduka Baginda berdua turut menzahirkan ucapan selamat maju jaya kepada kesemua pelajar dan mendoakan semoga mereka sentiasa dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan,” menurut catatan itu.

Keenam-enam pelajar itu ialah Chooi Je Qin dari Johor; Herman Leong Xin Yang dan Ishant Shah dari Pulau Pinang; Carisma Michaela Wong dari Sabah; Lee Ee Jenn dari Kuala Lumpur dan Alyssa Yap Xin Yi dari Sarawak.

Kesemua pelajar berkenaan akan melanjutkan pelajaran ke Universiti Havard bagi sesi pengajian tahun 2022. — Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved