“Nanasnya Mana?” – Pembeli Terkejut Tart Nanas Tiada Inti

11 Apr 2022 • 4:17 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available
Tart nanas tanpa inti dijual

Walaupun baru beberapa hari kita menyambut bulan Ramadan, dapat dilihat kuih raya sudah mula terjual di pasaran.

Meskipun terlalu awal untuk dijual, namun kuih raya seperti tart nanas, kuih samperit dan sebagainya sesuai untuk dijadikan sebagai kudapan di waktu moreh.

Tart nanas tanpa inti

@yumiayummi

Nenas nya manaa. Terkejut saya image is not available

♬ original sound – Abe

Menerusi perkongsian seorang wanita di TikTok, dia terkejut selepas mendapati tart nanas yang dibelinya dengan harga RM22 tidak mempunyai inti diatasnya.

Dapat dilihat melalui video berkenaan, terdapat beberapa keping tart nanas di dalam balang tersebut tidak mempunyai inti seperti kebiasaannya.

image is not available

Tidak pernah dibuat orang jual tart nanas tanpa inti. Diharapkan semua peniaga lebih bersikap jujur dalam urusan jual beli lebih-lebih lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Kredit: TikTok Yumi Ayummi

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media