Gelombang haba: MetMalaysia nasihat orang ramai minum air secukupnya, had aktiviti luar

1 Apr 2022 • 4:09 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 1 APR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menasihatkan orang ramai supaya meminum air secukupnya berikutan fenomena gelombang haba yang diramalkan berlaku sepanjang Mac hingga April ini.

Menurut MetMalaysia di Facebook, gelombang haba berlaku apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut.

“Di Malaysia, gelombang haba ditakrifkan apabila suhu maksimum harian melebihi 37 darjah Celsius untuk tiga hari berturut-turut dan kebiasaannya berlaku pada Mac hingga April.

“Kebiasaannya ia berlaku pada fasa akhir Monsun Timur Laut sehingga pertengahan fasa peralihan Monsun Timur Laut,” katanya.

MetMalaysia berkata, gelombang haba ini boleh mengakibatkan jerebu, kemarau dan menjejaskan kesihatan seperti strok haba.

Justeru, katanya, orang ramai dinasihatkan meminum air secukupnya, mengehadkan aktiviti luar dan memakai pakaian yang mudah menyerap peluh.

Selain itu, beliau berkata, orang ramai juga diminta mengelak melakukan pembakaran terbuka dan menyimpan bekalan air secukupnya.

image is not available
Maklumat gelombang haba yang dikongsi Jabatan Meteorologi Malaysia. Foto Facebook MetMalaysia

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved