
Kota Kinabalu: Perlawanan Liga Super di antara Sabah FC dan Kedah FC Ahad ini mungkin akan menyaksikan kehadiran terbesar penonton di Stadium Likas sejak liga bola sepak bersambung setahun lalu.
Ketua Penyelaras Venue Sabah FC, Shamsuddin Mohd Shah dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Khamis berkata mereka menerima surat rasmi daripada Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bolasepak Malaysia (MFL), Stuart Ramalingam pada Rabu menyatakan bahawa sekatan kapasiti di dalam stadium telah ditarik balik.
“Tidak ada had mengenai kapasiti penonton dalam perlawanan di antara Sabah FC dan Kedah FC di Stadium Likas, di ini, Ahad ini.
