Polis cari dua saksi kes bunuh

7 Apr 2022 • 12:21 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

KINABATANGAN: Polis di sini sedang mencari dua saksi dalam satu kes bunuh yang akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Sandakan dari 11 hingga 14 April.

Dua saksi itu dikenali sebagai Ana Farhana Musa, 34, dan suaminya yang bernama Ismail Santaro, 37.

Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Supt Dzulbaharin Ismail berkata, alamat terakhir bagi kedua-dua penama ini ialah Ladang Bukit Mas, Jalan Jeroco, Hup Seng Plantation Sdn Bhd.

Jelasnya, dua saksi ini diminta tampil untuk membantu memberikan keterangan bersabit kes di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan berlangsung selama empat hari itu.

Katanya, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai saksi terbabit diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, ASP Razali Basa pada talian 089-561890, 019-6217357, atau pergi ke balai polis berdekatan.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.