5,899 kes baharu Covid-19, lima kematian

22 Apr 2022 • 8:20 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

SHAH ALAM - Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan hanya lima kematian baharu akibat Covid-19 pada Khamis.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak empat kes adalah kematian di luar hospital atau 'brought-in-dead' (BID).

Menurut laman sesawang CovidNow, ia menjadikan jumlah keseluruhan kematian di negara ini disebabkan oleh virus berkenaan adalah sebanyak 35,470.

Sementara itu, bagi kategori BID pula, jumlah keseluruhan adalah sebanyak 7,509 kes.

Laporan berkenaan turut memaklumkan bahawa purata sebanyak lima orang daripada sejuta populasi kematian akibat Covid-19 di negara ini direkodkan bagi tempoh dua minggu lepas.

Putrajaya menjadi negeri tertinggi purata kematian setakat ini dengan purata 17 kematian, diikuti Perak dengan 11 dan Kedah (10).

KKM turut merekodkan 5,899 kes baharu positif Covid-19 menjadikan jumlah kumulatif kes adalah 4,415,101.

Dalam masa yang sama, kadar penggunaan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) ialah 52.7 peratus dan penggunaan alat bantuan pernafasan sekitar 31.4 peratus.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved