(Ura-Ura) Honor Dilaporkan Bakal Hadir Dengan Tablet Yang Dijana MediaTek Dimensity 9000

TechnologyDigital
5 Apr 2022 • 12:12 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Terdahulu, IDC pernah berkongsi data tahunan untuk pasaran tablet pada tahun 2021. Melaluinya, ia menyaksikan Apple menerajui segmen berkenaan dengan pegangan sebanyak 34.2%. Kemudian, ia diikuti oleh Samsung (18.3%) dan Lenovo (10.5%). Kini, segmen berkenaan dilihat terus dibanjiri dengan penawaran yang lebih pelbagai daripada sejumlah pengeluar lain, termasuklah Honor.

image is not available
Tablet Honor V7 Pro

Sebagai tambahan untuk penawaran sedia ada, Honor dilaporkan bakal hadir dengan tablet berspesifikasi mercu pula. Ia dijangka diperkenalkan sekitar bulan Mei, seiring dengan beberapa lagi produk baharu lain. Menguatkan lagi spekulasi apabila Honor turut dilaporkan telah menjadualkan sebuah acara pelancaran untuk produk baharu pada bulan tersebut. Tiada maklumat mengenai spesifikasi yang dikongsi, tetapi tablet dikhabarkan lengkap dengan cip pemprosesan yang berkuasa. Sumber menyasarkan ianya adalah MediaTek Dimensity 9000.

image is not available

Pada masa sama, rangkaian komputer riba Honor turut bakal dikemaskini dengan penawaran baharu. Spekulasi awal mendakwa komputer riba tersebut akan dilengkapi pemprosesan siri Intel Generasi ke-12 atau Ryzen 6000. Bagaimanapun, harus ditegaskan maklumat yang dikongsi ini masih lagi di peringkat ura-ura dan belum dapat dipastikan sama ada ia bakal dilancarkan secara rasmi atau sebaliknya.