(VIDEO) Lelaki Bercuti Dengan Keluarga Di Genting Tiba-Tiba ‘Londeh’ Baju Depan Orang Ramai, Didakwa Stress Kerja

7 Apr 2022 • 8:38 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Viral di media sosial hari ini apabila sebuah video memaparkan seorang lelaki yang bercuti bersama isteri dan anaknya tiba-tiba sahaja membuka baju sehingga tidak meninggalkan seurat benang di hadapan orang ramai.

Kejadian yang berlaku di lobi Hotel Genting itu dipercayai berlaku semalam di mana video tersebut memaparkan lelaki yang bekerja sebagai pembantu kerani itu melutut di atas lantai bersebelahan isteri dan anaknya setelah berbogel.

Tindakan lelaki itu telah menimbulkan kekecohan dan memeranjatkan orang ramai yang berada di kawasan sekitar selain ada yang menolong dengan membawa tuala untuk menutup badan lelaki tersebut.

Manakala perkembangan terkini, Superintendan Zaiham Bin Mohd Kahar selaku Ketua Polis Bentong telah mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan bahawa lelaki itu telah mengalami tekanan kerja yang teruk.

image is not available

Sumber : Twitter  

Pihak polis juga telah bergegas ke tempat kejadian dan meminta agar lelaki tersebut memakai semula bajunya sebelum dibawa ke Balai Polis Genting Highlands.

Lelaki itu kemudian dibawa ke Hospital Bentong bagi menjalani pemeriksaan kesihatan selanjutnya.

image is not available 16 jam lalu

Pemandu Kurier ‘Lesap’ Hantar Beg Louis Vuitton Harga RM6.5k, Peniaga Cuma Dapat Pampasan RM400

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved