Alatan Penting Ketika Memandu

Cars
25 Apr 2022 • 9:00 AM MYT
Abdul Muhaimin
Abdul Muhaimin

Hi, you can call me amin, Always passionate about writing

Image from: Alatan Penting Ketika Memandu

Memandu kereta adalah aktiviti harian untuk kebanyakan rakyat Malaysia. Lihat saja setiap kali perayaan, semua jalanraya sesak dengan kenderaan. Bagi yang baru bekerja, pinjaman untuk beli kereta menjadi lebih mudah sekarang. Oleh itu, lambakan kereta adalah logik untuk setiap kali perayaan.

Meskipun banyak perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia, rakyat masih lagi memilih untuk memandu kenderaan sendiri. Mungkin kerana banyak barangan dan bagasi yang perlu dibawa balik ke kampung.

Melihat banyak kemalangan yang berlaku di jalanraya sekarang ini, artikel ini akan berkongsi pelbagai alatan penting yang patut ada ketika memandu di jalan raya. Jom kita baca selanjutnya:

Kamera Dash

Photo by Garvin St. Villier from Pexels

Produk ini telah menjadi satu keperluan kepada kereta persendirian. Ianya dapat merekod semua video di hadapan. Ada juga ciri yang membolehkan anda integrasi dengan telefon pintar untuk mengawal segala gerak geri kamera. Sekiranya berlaku kemalangan, video yang direkodkan boleh dijadikan bahan bukti.

Lampu Suluh

Photo by Alfo Medeiros from Pexels

Kadangkala perjalanan kita boleh berlarutan sehingga malam. Sebarang kecelakaan atau kerosakan tayar boleh menyebabkan anda keseorangan untuk membaiki apa-apa. Siap sedia dengan bateri tambahan untuk sebarang persediaan.

Set Alatan Tukar Tayar

Photo by Andrea Piacquadio from Pexels

Kebanyakan kereta baru jarang ada set yang lengkap. Ini akan menyebabkan kepanikan berlaku apabila terjadi apa-apa di atas jalan raya. Set ini boleh di dapati dalam kedai online yang tersedia dalam pasaran. Pastikan barangan itu adalah selamat untuk digunakan.

Kit Kecemasan

Photo by Roger Brown from Pexels

Ramai terlepas pandang dengan perkara ini. Ini adalah penting sekiranya apa-apa berlaku kemalangan kepada pemandu. Selalunya kita tak beli pun set kecemasa kerana terlalu yakin tiada apa berlaku dalam kemalangan.

Alat Pemadam Api

Photo by Oluwaseun Duncan from Pexels

Alat ini juga sangat diperlukan apabila dalam kemalangan. Semua kereta keluaran baru tidak ada sensitiviti keselamatan yang lengkap. Kita yang harus peka dengan menambah semua alatan ini dalam kereta. Tidak perlukan ruang yang banyak sebenarnya, saiz kecil juga ada dalam pasaran.

Kecelakaan kita tak dapat elakkan sewaktu memandu. Ianya berisiko lebih-lebih bersama dengan keluarga tercinta. Pandu selamat, jiwa selamat.


Abdul Muhaimin adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Newswav adalah platform pengagregatan dan semata-matanya mengehoskan kandungan. Pandangan yang dinyatakan dan kandungan di atas termasuk media (gambar, video, dan lain-lain) adalah dimuatnaik oleh pengarang. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.