“Keputusan Terbaik!” – Minta Putus Gara-Gara Tunang Malas Buat ‘Side Income’, Ramai Netizen Sokong

Entertainment
7 Apr 2022 • 11:28 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Soal gaji sering menjadi perbalahan di kalangan masyarakat, lagi-lagi warganet di platform media sosial.

Seperti yang tular baru-baru ini, apabila seorang wanita berkongsikan dia telah membuat keputusan untuk putuskan tali pertunangan kerana lelaki terbabit enggan membuat side income apabila diminta.

Wanita terbabit meminta tunangnya untuk membuat kerja lebih kerana mendapati gaji lelaki itu agak kecil dan bimbang memikirkan masa depan jika hidup bersama.

image is not available

Sumber : Twitter  

Perkongsiaan terbabit telah meraih banyak perhatian dari warganet dan rata-ratanya setuju serta menyokong keputusan yang dibuat oleh wanita itu.

Menurut netizen, pada zaman ini sememangnya perlu memikirkan hal-hal seperti itu kerana ia akan memberi kesan ketika sudah mendirikan rumah tangga nanti.

image is not available

Sumber : Twitter  

Biarpun ramai yang setuju, masih ada juga segelintir yang tidak dapat menerima tindakan yang telah diambil oleh wanita terbabit terhadap tunangnya kerana merasakan mereka perlu menjalani kehidupan susah senang bersama-sama.

image is not available

Sumber : Twitter  

Sehingga kini ciapan tersebut telah meraih lebih dari 7000 tanda suka dari pengguna platform tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending pada pautan di bawah.

image is not available 1 hari lalu

Berjaya Tersenarai Dalam Top 100 Most Awarded Musician of All-Time, Siti Nurhaliza Kalahkan Celine Dion!