(VIDEO) “Bulan Mulia Pun Menipu!”- Lauk Pauk Terbiar, Peniaga Restoran Kecewa Ditipu Pelanggan

Food
15 Apr 2022 • 3:22 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Seringkali dalam bulan ramadan kita dengar tentang pelanggan ditipu oleh peniaga dalam membeli juadah berbuka puasa. Ada yang ditipu daripada segi harga dan macam-macam lagi.

Tetapi lain pula cerita bagi mangsa penipuan kali ini, dimana peniaga restoran ini ditipu oleh pelanggan yang telah menempah untuk makan di restoran tersebut.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di TikTok oleh pengguna @eila_theseafood, video itu memaparkan makanan yang telah dimasak terbiar begitu sahaja di atas meja kerana pelanggan yang menempah makanan tidak datang makan ke kedai itu.

Peniaga itu juga meluahkan rasa kecewa kerana difahamkan restoran itu selalu tiada pelanggan dan tempahan yang dilakukan boleh sahaja dibatalkan dengan memberitahu pihak restoran lebih awal.

Dalam caption video itu juga menerangkan bahawa pelanggan telah di telefon berulang kali tetapi tidak diangkat.

Menjengah ke ruangan komen, ada yang menawarkan diri untuk membayar ganti rugi dan ada juga pengguna yang menasihatkan peniaga itu meminta deposit kepada pelanggan sebelum menyediakan tempahan.

image is not availableimage is not available

image is not available 5 hari lalu

"Baik Beli Subway" - Beli Kebab Dah Siap Bungkus, Sampai Rumah Tengok Peniaga Pakai Roti Putih Je!