Penjawat awam Perak terima duit raya RM1,000

16 Apr 2022 • 4:22 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available

IPOH - Kerajaan Perak bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM1,000 kepada 7,907 penjawat awam di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, peruntukan berjumlah RM7.9 juta itu membabitkan semua gred perjawatan termasuk kakitangan di bawah skim 'Contract Of Service' dan 'Contract For Service'.

"Turut menerima bantuan khas tersebut adalah Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), guru i'dadi, guru thanawi, guru tadika Islam, orang besar jajahan, pegawai sambilan harian dan Tok Batin.

"Buat julung kalinya, bantuan khas Aidilfitri akan turut disalurkan kepada bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dengan kadar RM500 seorang," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Menurutnya, penyaluran bantuan khas tersebut akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bagi bulan April iaitu pada 25 April 2022.

"Pemberian ini adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam memikul tanggungjawab dalam menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved