Lebih 1 juta baju kurung terjual, Hasnuri tampil dengan gaya modest dan baju sedondon sekeluarga

Women's Fashion
27 Apr 2022 • 12:00 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

image is not available

SEBAIK sahaja menghampiri Syawal, persiapan untuk menyambut Syawal juga semakin sibuk dilakukan.

Bukan apa, boleh lihat sendiri bagaimana meriahnya pusat membeli-belah dan gedung pakaian yang dibanjiri dengan lautan manusia.

Meskipun jam menunjukkan pukul 2 atau 3 pagi, suasana tetap rancak di beberapa kawasan tumpuan di seluruh negara.

 

 

Disebabkan pelbagai pilihan, kita jadi rambang mata dibuatnya untuk membuat keputusan mana satu yang perlu dijadikan pilihan.

Jika pening dan sampai sekarang tiada keputusan, apa kata kalian memilih busana daripada Hasnuri yang lengkap menyediakan segala keperluan seisi keluarga.

Menggunakan material como crepe berkualiti tinggi, pakaian daripada jenama itu nampak lebih mudah diuruskan dan tidak berkedut.

Menurut pengasasnya, Mohd Hasbullah Awang@Hassan, pihaknya lebih memfokuskan kepada jualan baju kurung dan diharapkan dapat mencipta semula kejayaan seperti tahun lalu apabila lebih 1 juta pasangan baju kurung terjual.

"Kami tawarkan pakaian sedondon bagi merealisasikan budaya kerja dalam pasukan di pejabat dan sedondon bagi keluarga inginkan kebahagian dan kasih sayang dalam keluarga mereka.

"Malah, baju kurung yang ditawarkan turut bersifat mesra ibu kerana memiliki zip sembunyi untuk menyusukan anak," katanya.

Tidak hanya itu, rekaan baju kurung, jubah mahupun suit mini moden dengan padanan seluar yang memudahkan untuk solat dan mengambil wuduk turut disediakan Hasnuri.

Selain mengfokuskan pakaian wanita, pelbagai pilihan untuk kaum Adam juga ada seperti baju Melayu dan kurta dengan pelbagai rona warna termasuk untuk kanak-kanak.

Pakaian Hasnuri boleh didapati secara dalam talian menerusi hasnuri.my atau butik fizikal di Kota Tinggi; Paradigm Mall, Johor Bahru dan Kota Bahru, Kelantan.

Berikut antara pilihan pakaian dewasa dan kanak-kanak yang mungkin bakal menjadi koleksi anda.

image is not available
Baju Melayu Khaleed

image is not available
Baju Melayu Jebat

image is not available
Baju Kurung Fiona

image is not available
Baju Kurung Mini Scallop

image is not available
Baju Melayu Khashaf (kanak-kanak)

image is not available
Abaya Nysa (kanak-kanak)

Jangan lupa follow kami Instagram! dan layari portal SinarPlus

Dapatkan info daripada SinarPlus! Join grup Telegram kami DI SINI