Dua beradik selamat selepas hanyut akibat enjin bot rosak

4 Apr 2022 • 8:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

LABUAN: Dua beradik yang dikuatiri hilang selepas gagal pulang daripada aktiviti memancing di kawasan laut Semarang sejak semalam, telah ditemui dengan selamat.

Muhammad Nuhidayat Jafari, 18, dan abangnya Muhammad Nabil Jafari, 22, telah diselamatkan oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) pada Ahad pagi.

Kedua mereka dilaporkan telah keluar ke laut pada jam 5 pagi 2 April, namun enjin bot mereka rosak ketika sedang memancing, namun berjaya membuat panggilan kepada ibu mereka pada Ahad, yang kemudiannya memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Ketua APMM Zon Labuan Kepten Nurdin Jusoh berkata bot peronda telah dikerahkan untuk membuat operasi mencari dan menyelamat (SAR) selepas pihaknya menerima laporan pada 8.40 pagi Ahad.

SAR tersebut telah turut disertai anggota daripada polis marin, Tentera Laut Diraja Malaysia dan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Pemancing adik beradik itu cuba mendapatkan bantuan daripada pemancing lain di kawasan itu namun tidak berjaya, sebelum operasi menemukan mereka dan bot mereka itu dibawa ke pangkalan APMM di sini,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.